Asam Pedas Kaw di Medan Selera Haji hashim, Kg Baru

11:26 PG

Assalamualaikum Hai.

Asam Pedas Medan Selera Haji Hashim

Gerai No 8 dan 9, Medan Selera Haji Hashim, Kampung Baru. Minggu lepas, Nad berkesempatan untuk berbuka dengan adik Nad sendiri di luar. To be exact, di Medan Selera Haji Hashim, Kampung Baru. Alhamdulillah, mudah sangat nak jumpa tempat ni. Nad selalu kalau masuk KL memang sesat punya lah. Tapi medan selera ni betul-betul dekat tepi jalan yang sangat mudah nak jumpa.

Masakan asam pedas yang kaw biasanya dikaitkan dengan masakan dari negeri Melaka, tetapi kini asam pedas yang kaw giler dan pekat pun sudah boleh didapati di sekitar Lembah Klang! Resepi asal di restoran ini juga adalah resepi warisan turun-temurun oleh ibu kepada pemilik restoran berkenaan. Demi memenuhi kehendak dan citarasa pelanggan, resepi di sini juga dioleh dan diperbaiki serba sedikit.

Walaupun restoran di Medan Selera Haji Hashim ini baru beroperasi selama 2 tahun, tetapi pemiliknya sudah pun memiliki pengalaman selama 10 tahun dalam industri makanan. Mereka sebelum ini pernah menguruskan restoran, katering, mealbox dan produk makanan sendiri. Dan yang lagi best, walaupun mempunyai pekerja di dapur, tetapi pes dan perencah masakan masih disediakan sendiri oleh tuan tangan bagi mengekalkan kualiti dan rasa masakan.

Jom tengok apa menu yang special sangat dekat sini :)

Asam Pedas Medan Selera Haji Hashim

Sup Daging tetell

Sup yang sebetulnya cukup rasa. To be honest, kalau pergi makan dekat memana mesti ada certain makanan yang korang rasa macam makanan rumah. Sup ni antara sup yang boleh dikategorikan makanan rumah bagi Nad. Dan daging dia pun lembut empuk takde yang liat.

Asam Pedas Medan Selera Haji Hashim

Asam Pedas Ikan Jenahak/Ikan Pari

My favourite! So how could i said tak sedap? Mestilah sedappp kan.Ikan Pari pun my favourite! Taknak comment lelebih yang ni. Sebab favourite kan so pusing ikut mana pun tetap sedap je bagi Nad 😂

Asam Pedas Medan Selera Haji Hashim

Daging Salai/Ketam Masak Lemak

Masak lemak pun antara menu yang selalu juga dimasak di rumah Nad. Sebab masakan senang dan simple. Untuk menu daging salai ni, ni sebenarnya first time Nad makan daging camni. Rasa dia ada liat-liat sikit tapi bukan liat yang langsung tak boleh telan. Liat-liat manja camtu. Untuk ketam pula ya Allahhhh sedap ya ampun!! Mungkin sebab dah bercampur dengan rasa manis ketam, so masak lemak tu jadi sedap sangat!

Asam Pedas Medan Selera Haji Hashim

Asam Pedas Medan Selera Haji Hashim

Terliur takkk? Alahai sedap sangat tau. Lepastu ada berita baik untuk warga penduduk sekitar Kuala Lumpur. Mereka ada menyediakan perkhidmatan delivery hingga ke pintu rumah untuk korang yang tak mahu bersesak dengan trafik boleh order je menerusi Whatsapp di +6016-207 3499 (Fast reply).

Kalau nak cuci-cuci mata lebih sikit boleh tengok Facebook (Orde Heritage Recipes Mealbox) dan Instagram (@orde_mealbox) mereka okay. Hehe confirm terliur dan terus rasa nak order lah. Oh lupa bagitahu, harga mereka juga sangat murah bermula RM9-RM15 (Nasi putih + lauk + ulam + sambal belacan + free air). Restoran dibuka seawal jam 9.30 pagi sehingga 9 malam.

Asam Pedas Medan Selera Haji Hashim

Laksa Nyonya

Selain daripada menu-menu di atas, mereka juga ada menyajikan beraneka mi seperti mee bandung muar, wantan mee, wantan soup, wantan mee soup, sizzling yee mee dan sizzling chicken. Tapi yang mi ni Nad tak sempat lagi nak merasa. In shaa Allah kalau ada rezeki lain kali boleh rasa. Oh menu istimewa laksa nyonya pun ada jugak tau kat sini.


Asam Pedas Medan Selera Haji Hashim

Bersempena dengan bulan Ramadan ini, Orde Food Delivery juga turut serta berniagal di bazar Ramadan Kampung Baru. Semua set-set yang Nad nyatakan tadi ada juak tau. Korang tinggal pilih je nak set apa. Program Infaq Ramadan juga ada dijalankan untuk disumbangkan ke beberapa rumah kebajikan yang terpilih. Bagi yang berminat, korang boleh contact je mana-mana sosial media untuk berhubung.

You Might Also Like

7 ulasan

  1. bila bulan puasa ni asam pedas tu memang memikat selera sampai berpinggan2 kalau tak kontrol.. ;D

    BalasPadam
  2. sadapkan kalau makan asap pedas? makan pulak dengan nasi panas..

    BalasPadam
  3. semua ni makanan favourite! T__T nasib baik baca entry ni lepas habis makan so taklah rasa lapar pulak

    bestnya restoran camni sbb dia buat resipi turun temurun. owner kedai sendiri yg masak pulak tu :D

    BalasPadam
  4. Masha'Allah sedapnye // Look at the clock . Have a few hour left but YET and still the photos make foods even more delicious ... Woww weee ----- - Syamsid Blog -------

    BalasPadam
  5. Menyesal pergi baca entry ni time tengah hari. Hahahah! Sedapnya asam pedas, sedapnya gulai lemak. Nanti nak pergi jugaklah.

    BalasPadam