Review : Grafa Cafe, Subang Jaya

11:54 PTG


Assalamualaikum Hai.


Grafa Cafe, SS15, Subang Jaya. Kalau tahu, dekat SS15 ni memang berderet cafe lah. Macam dekat Shah Alam tu jugak. And kali ni Nad pilih Grafa Cafe. Hahahaha ok bukan Nad pilih, membe yang ajak. Tapi memang selalu jugak lah nampak kengkawan tag location dekatsini cuma tak terasa nak lepak cafe so abaikan jee. 

Last time ada lah dekat 4 ke 5 cafe yang Nad try dekat Penang. Tapi time tu mood blogging tengah turn off! So langsung tak excited ambil gambar T_T Cuma amik gambar sendiri post ke instagram jer. Review review ke hape ni langsung tak terfikir. Rasa rugi jugak sebab kalau nak pergi lagi tau tau jelah harga cafe ala ala hipster yang mahei betei ni.


At first kitorang duduk dekat belah luar sebab nak santai santai jer, angin sepoi sepoi sekali fuhhh taktau kenapa panas sangat duduk belah luar ni berpeluh kot! Hahaha so pindah dalam haha. Santai kat luar ni siap ada jual goreng pisang cheese kat belakang tu.



View dia mestilah cantik. Cafe hipster haruslah berusaha bagi interior design yang da boom kan!? Theme black & white memang cantik mata memandang gini. Tak silap Nad kan laki yang duduk tu anak Che Ta T_T Huhuuu, nampak clear masa dia nak bayar makanan memang sama sebijik.



Counter. Siap dengan rak dessert semua. Nad ada try cheese cake dekatsini boleh tahan lah sedap.




Kawan Nad makan pasta and Nad chicken chop! Memula nak try makan ringan ringan jer tapi pastu teringin nak try chicken chop sini. Tak silap Nad tak sampai RM18 pun chicken chop (Sorry, cannot remember the exact price). Alhamdulillah sedap. Kitorang punya impression tu lepas makan macam okay laaa sedap laa tak mengecewakan macam certain cafe yg promote je lebih tapi..... And ada jugak kawan Nad yang dah try makan sini, comment dekat ig the same thing.



#grafagambarcantik

Kuah black pepper dia sedap! Kentang putar sedap! Ayam sedap! Sayur taktau sebab tak makan eheee. Btw, kentang putar dia bapak besar sampai tak habis huhuuuu.



And nah, sebelah tu macam ada kedai kecik jual baju etc



My date of the day. Almost 2 years tak jumpa! Padahal rumah dekat gila kot tak sampai setengah jam haha.



And Farah juga :> I miss you guys. Well, i don't always catch up with people.

P/s : Ada certain cafe yang dah dalam list ni tapiii belum sempat lagi nak pergi.

You Might Also Like

32 ulasan

  1. pena try chemistry cafe je dekat bangi. harga okay la. cafe hipsturr kan. tp untuk sekali sekala okayla. hehe

    BalasPadam
  2. Suka tengok hiasan dinding tu nad...ada anyaman buluh ya tu..

    BalasPadam
  3. mmg hipter habes cafe pon..chicken chop tuh nampak pon macam sedap! huhu

    BalasPadam
  4. Pasta tu nampak menyelerakan je :)

    BalasPadam
  5. omg that mashed potato is soooo hugeeeee and tempting!!!!!!

    BalasPadam
  6. huiyoo.. dak dak hipster dah ni. hahaha. btw kak nad buat cha terliur now

    BalasPadam
  7. Uihhh, terliuqq tengok makanan tu. Dahlaa xsarapan lg nih. Maybe sarapan+lunch terus kott. hihi :P

    BalasPadam
  8. oklah kalau makanan sedap kan. portion pun x mengecewakan :D

    BalasPadam
  9. Wuu. Besar gila kentang putar tu

    BalasPadam
  10. ohh konsep hias gini hipster ke nama dia?...alahai noobnya aku...huhhuhhu
    patutlah banyak cafe gini...ooooo

    BalasPadam
  11. Sekarang memang trend cafe or restaurant yang style macam ni kann? Terliur tengok gambaq makanan tu :3

    BalasPadam
  12. uishh macam ayam goreng kfc je hmmm sedapnyaaaa

    BalasPadam
  13. Scya dah pergi masa tahun 2014 memang puas hati haha
    makan lasagna je tu pun tak habis sebab perut kecik
    tp sedapppppp

    BalasPadam
  14. sy pun ada kwn yg lama x jumpa even rumah kitorg sekangkang kera je xD

    BalasPadam
  15. Waa.. ingat nk pi tapi jauh.. takpe la, bertapak kat Penang ni dulu :)

    BalasPadam
  16. bestnya kalau bawa family makan di sana sekali-sekala esp masa sambutan hari lahir.
    P.S. abam kie follows your blog too... #3212

    BalasPadam
  17. nice... bole lah try nanti :)

    BalasPadam
  18. Cantik tempatnya. Bolehlah pergi bebila nanti.

    BalasPadam
  19. Suka leh deko kedai ni. Santai2 gituu :)

    BalasPadam
  20. fuhhhhh hipster betul cafe tu ye hahaha. kalau makanan sedap ok laa, ni ada yang cafe je lawo kemain, harga mahal tp tak sedap huhuhu T^T lawa kak nad :*

    BalasPadam
  21. you have a really nice set of teeth :)

    BalasPadam
  22. Sedap nian tu...yummy..yummy...hahaa

    BalasPadam
  23. wahhh cantiknye... makanan pun nampak best.. lama xdtg blog nad...

    BalasPadam
  24. Jom join GA saya:
    http://www.stanzaku.com/2016/02/ga-header-blog-logo-atau-cover-photo-fb.html

    BalasPadam
  25. alahai nad... jauh la pulak. kalau tak boleh jugak try ni.
    untung la dapat jumpa anak che ta. kikiki

    BalasPadam
  26. santai and nice lah cafe dia nad!! thumbs up

    BalasPadam
  27. Saya singgah kedai ni minggu lepas . haha

    BalasPadam
  28. pagi2 tengok dah terliur ni

    BalasPadam