Movie Review : Maze Runner : Scorch Trial

2:24 PTG


Assalamualaikum Hai.

Maze Runner : Scorch Trial. Yes! Memang cerita tu keluar harini, tapi yeay lagi hahaha semalam Nad dah dapat tengok. First tayangan lagi tu pukul 6pm. Tapi apakan daya, balik malam tu dah tak larat nak update, so kita update harini. Yang penting Maze Runner kali ni best best best!

Sebenarnya, Nad tak tengok pun Maze Runner yang pertama tu. Tapi jangan risau, even if korang tak tengok yang pertama pun korang tetap faham yang kedua ni. Itu yang best tuuu. Senang difahami. Tapi still ada je yang macam kena mengena dengan Maze Runner first.


Maze Runer : Scorch Trial


Sinopsis Maze Runner : Scorch Trial

Selepas keluar dari Maze (Maze Runner 1), diorang dipindahkan ke satu tempat lain dan diyakinkan bahawa diorang selamat dari WICKED dan akan dibawa ke kehidupan yang lebih aman. Namun, Thomas (Dylan O'Brien) tetap risau kerana sahabatnya, Teresa (Kaya Scodelario) yang rapat di Maze ditahan di tempat asing. Ini membuatkan Thomas memberontak di dewan makan kerana ingin bertemu kawannya.

Perangai Thomas menarik perhatian Ariz (Jacob Lofland) yang berada paling lama di tempat tersebut iaitu seminggu. Ariz dengan senyap pergi ke bilik Thomas melalui corong corong di syiling. Dia menunjukkan badan-badan yang kononnya dihantar ke tempat lebih selamat sebenarnya diperah kerana darah mereka sangat bernilai.

Thomas terus berlari ke bilik dan mengajak kawan kawan rapatnya dari Maze Runner 1 lari untuk meninggalkan tempat tersebut. Dia sempat mencari Teresa untuk lari bersama. Di luar, mereka meneruskan kehidupan untuk mencari Right Arm, iaitu penyelamat budak budak yang lari dari WICKED. Dalam perjalanan mereka diserang dan menghadapi ujian dari pelbagai pihak! Namun akhirnya mereka sampai juga.

Sampai je dekat Right Arm, salah seorang dari kawan Thomas (TAKLEH BGTAU NANTI TAK SURPRISE) betray dengan menghubungi WICKED. Terus WICKED datang dan ambik sesiapa yang sempat. Salah serang kawan baik Thomas diculik semula dan membuatkan dia ingin membalas dendam.

Revenge ni maybe akan ada sambungan di Maze Runner 3! Hehe.


Maze Runner : Scorch Trial

Maze Runner : Scorch Trial

Maze Runner : Scorch Trial

Daebak daebak! Serious Nad suka gila cerita ni. Habis je cerita Hafiz terus cakap, nanti kita tengok sambungan Maze Runner sesama ye? Hehehe. Time kena betray tu memang bengang gila hoi kau kwaja orang dah selamatkan boleh pulak dia betray and percaya pihak WICKED! I recommend this movie so much! Semua orang kena tengok!

Duration : 2hours 10mins
Genre : Action, Thriller
Director : Wes Ball
Rating : 5/5!

P/s : Ini serious semua orang kena tengok Maze Runner : Scorch Trial tauuu TT_TT

You Might Also Like

28 ulasan

  1. mesti ramai full ni nanti. huhu mmg tgu cite ni.. maze runner 1 pun best nad.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang full pun Ima. Nad baru tengok Maze Runner 1 best!!!

      Padam
  2. bestnya nad...lama dah x tgk wayang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi gi lah tengok Aya :) Saja isi masa lapang.

      Padam
  3. wah, macam best. cita action mcm ni mmg syok tengok

    BalasPadam
  4. Salam Nad,

    Iskh Nad, saya cerita suspen camni 'takut' nak pi tengok, mungkin faktor usia.. So jantung tak berapa kuat tengok action movie, berdebar2 memanjang.. Baca sinopsis jer lah nampak gayanya.. :-(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam LZ. Alah yeke? Huhu. Ruginya rasa T_T

      Padam
  5. dalam ingatan Etuza blog anda..teruskan pengisian ya

    BalasPadam
  6. aduhhhh belum sempat tonton baru balik dari short vacation
    minggu ni busy gila saya

    jemput baca entri Legoland Malaysia
    Part 1 | Part 2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhh syok la short vacation ye. Nak gi Legoland jugakkk!

      Padam
  7. saya nak tengok jugak huwaaaa tapi saya spm tahun ni mana ada masa :(

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Hehe yeayyy. Kak Maria kena tengok tauuu.

      Padam
  9. Ehh ehh banyak pulak dia review novel. Bila ntah nk tengok wayang lagi. Last tengok movie Hitman :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu. Apa boleh buat kak Inani. Penggemar movie ni huhu.

      Padam
  10. Nanti nak tengok cerita n! :D

    BalasPadam
  11. wahhhhhh ..ni kalau dah nad pon rate movie nih 5/5 konfem sedap nih !!nice review btw!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi thank you Aiman :) Memang besttt movie ni thats why Nad rate tinggi.

      Padam
  12. sy dah tengok smlm. Mmg best sgt-sgt kan? Tak sangka yg salah seorang kawan Thomas tu sanggup bgthu WICKED pasal Thomas kt mana.

    http://anies-msletoes.blogspot.my/2015/09/maze-runner-scorch-trials-2015.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tula menci betul la ishhh. Sampai pulak hati dia buat camtu masalahnya.

      Padam