Pengalaman Temuduga Kerja di 99 Speedmart

5:55 PTG


Assalamualaikum Hai.

Setelah banyak gila kerja Nad mintak (Office Aeon, Audrey, Kitschen, Twin Angel, Step, Clarks) semua suruh tinggal no phone je. Call nye idok. Haa baguslah buat menunggu. Lepastu tetibe nampak 99 Speedmart ada vacancy. Niat hati nak mintak cashier je sebab dah pasrah gila semua tak dapat. Sekali akak tu tanya assistant branch manager nak tak? Sebab ada diploma.

Maka kita yang baru habis bulan April haritu pun on jelah kan. Akak tu suruh hantar resume kat outlet. Nad malas apply jelah online almost 3x jugak hahaha. Pastu dah seminggu takde call, hantar lah resume tu. Seminggu lepastu dapat call kena pergi interview.

Okay. Sebenarnya ni first time Nad nak pergi interview kerja. Korang imagine jelah dengan sijil tamat sekolah hilang apa semua haha. So kita redha okay. Nad cuma bawak sijil dalam 6 helai? (Mini transcript, Sijil dekan, Result muet, Result spm and 2 sijil sampingan bodo bodo je). Hahaha nampak sangat tak active tu.

Bila sampai je sana, dia akan suruh isi je borang dulu. Then baru gilir gilir interview depan orang lain. Orang lain tak dengar la, interview antara korang berdua tapi depan orang lain la. Maksudnya, dia takde sediakan bilik asing untuk korang interview.

Temuduga Kerja 99 Speedmart



SESI INTERVIEW BERMULA


Mostly, dia akan tanya balik apa yang ada dalam borang.

1) Okay ceritakan tentang diri anda.
    - Nad pun cerita la sikit sikit pasal diri Nad. Time ni korang boleh cerita pasal family, latar belakang pendidikan dan pengalaman kerja.

2) Anak number berapa?
    - Soalan simple je. Okay anak first.

3) Ada transport?
    - Ada. Untuk assistant branch manager, WAJIB ada transport, senang kalau dia nak hantar ke mana mana,

4) Nak branch mana je?
    - Korang pilih la yang berdekatan dengan korang. Yang korang rasa mampu nak drive tiap hari. Nad pun pilih la Sijangkang, Telok Panglima Garang, Bukit Tinggi, Jalan Kebun, Johan Setia. Haa memana lah yang berdekatan.

5) Boleh control orang tak? Bagi arahan dekat orang?
    - In shaa Allah boleh. Sebab apape saya yang bertanggungjawab dekat outlet tu so saya akan pastikan saya bagi arahan yang betul dekat staff blablaaa korang jawab ah. Dia nak tau sebab nanti outlet tu kita yang pegang so kita kena lah boleh control if ada staff or customer buat hal or apa.

6) Boleh tolong cover if kurang staff? 
    - Sebenarnya as assistant branch manager korang takyah pun jaga cashier or store ke apa. Tapi in case lah staff korang tu tetibe tak datang or ada yang tengah rehat then kebetulan orang ramai, so korang ni as ketua masatu kena cover as cashier. Means tu bukan kerja korang tapi still korang kena jaga. So jawab je boleh.

7) Tau kan kerja ni ada dari pagi sampai malam?
    - Haa tau tau. Ada full day apa semua, macam kerja kat mall. Hahaha jawapan.

8) Okay, boleh ceritakan personaliti diri?
    - Korang belasah je. Janji positive positive hahaha.



Nasib comot comot pun dapat kawan hahaha


Alhamdulillah selesai semua. Then dia akan suruh tunggu dulu dan dia pun briefing. Cerita pasal waktu bekerja, jadual morning, noon dan off day, cara kira gaji, dan bla blaaa. Banyak lah. And yang paling penting cara pakaian korang tau, Dia tak state dalam email pakai apa tapi kenaaa pakai baju kemeja, seluar slack, kasut bertutup. Ah pedulik apa skema kan? Nak dapat kerja ni.

Then semua dokumen yang dia minta kalau boleh bawak lah. Senang ada apape urusan. Kalau ada sesape tengah nak cari kerja or saja nak bosan bosan kerja try lah :) Cuma waktu bekerja kurang fleksibel lah haha.

P/s : Alhamdulillah lepas interview, esok tu terus dapat call diterima. So harini sebenarnya first day Nad as management trainee. Hopefully after 2 weeks dapat posting Assistant Branch Manager. Ameen. Wish me luck! 

You Might Also Like

60 ulasan

  1. alhamdulillah..Tahniah sis..Zaman tengah gawat loni kalau dapat kerja tu kira syukur sangat2..sementara nak dapat yg lagi bagus boleh laa ni sis..asalkan kita rajin & ikhlas..

    BalasPadam
  2. InsyaAllah. Goodluck. Selamat bekerja.hehe

    BalasPadam
  3. Pergh best giler dah bekerja...tahniah Nad!!!
    seronok habis belajar je terus ada kerja...bestnya....^,^

    BalasPadam
  4. alhamdulillah =)selagi kerja tu halal, apa pun senang dikumdian hari..

    BalasPadam
  5. Tahniah..bestnya. Skrg ni nak dapat kerja bukan senang. Huhu. Emi pun still tak bekerja lagi ni

    BalasPadam
  6. Good luck kerjaa Nad :D Nanti dapat gaji belanjaa akak. Ehh . Hahahah :P

    BalasPadam
  7. Wahhh tahniahhhh. Pasniii lanje kita makan eahhh. hahahh.good luck!

    BalasPadam
  8. Waaaaaaaahhh bestnya Kak Nad T_T Kittew takde berita lagi inerview hari tuu :'(
    Apa apa pun, tahniah and all the best eyh :D

    BalasPadam
  9. tahniah cik nad! kerja elok2 yek ^_^

    BalasPadam
  10. nad.. tahniah.. bolehlah mama datang kedai nad ni.. haha

    BalasPadam
  11. Wahhh...tahniah Nad. Semoga terus success okay.
    Semua tu pengalaman...step by step sebelum menuju puncak. Insyaallah (^^,)

    Regards,
    Yana Afi Mohamed
    ( Giveaway : 2nd Anniversary Yana & Dean

    BalasPadam
  12. Welcome to the working enviroment... Semuga sentiasa suksess dan berjaya dalam apa jua yang Nad ceburi... Kalau diorang post kat Jalan Kebun tu bolehlah sy singgah..ahaksss.

    BalasPadam
  13. Tahniah !! boleh la Ira agak2 soalan apa yang akan ditanya untuk Ira keje cuti sem ni.. In Sha Allah :)

    BalasPadam
  14. huhu., rezeki., selamat bkerja

    BalasPadam
  15. Yuhuu... tahniah dari saya utk awak... Kalau ada rezeki, awak sambung la study ye... Anyway, good luck...

    BalasPadam
  16. selamat menempuh alam pekerjaaan! :)

    BalasPadam
  17. tahniah nad. selamat datang ke alam pekerjaan :)

    BalasPadam
  18. Tahniah Nad :) Semoga dapat handle semua tugas yg diberi..chaiyok2 :)

    BalasPadam
  19. pengalaman boleh sembang ni orang kate hihi

    BalasPadam
  20. wahhh daebakk ! hahaha good luckk nad

    BalasPadam
  21. wow , cayalah nad. congrats & all the best!!

    BalasPadam
  22. tahniah kak nad!! tak sangka kita kak nad tinggal dekat dgn area ina.. ina tinggal dekat telok panglima garang..

    BalasPadam
  23. alhamdulillah.. tahniah nad.. moga terus sukses! :)

    BalasPadam
  24. salam. Ok tk keje nih . Saya baru nk keje rini . Smlm training kt jln kebun. Arini masuk bangi. Bole citer kn sikit ...pe2 saja mengenai suka duka keje nih ..tq

    BalasPadam
  25. Hai nad..ok x kerja die..esok bru saya nak oegi intebiu.mbraoe gaji die ye..

    BalasPadam
  26. Hai nad..ok x kerja die..esok bru saya nak oegi intebiu.mbraoe gaji die ye..

    BalasPadam
  27. wah, dah bekerja ya Nad. goodluck. hehe

    BalasPadam
  28. Salam nak tanya. Saya pun dapat sebijik macam awak. Tapi interview belum g lagi. Just nak tanya in BM or BI?

    BalasPadam
  29. Dik akak baru lepas interview nie... susah ker kerja assistant branch manager nie dan lagi satu yg penting gaji okay takk..? Brapo....?

    BalasPadam
  30. tahniah...boleh tau dak intebiu dia bm or bi?

    BalasPadam
  31. alhamdulillah. tahniahh and all the best :)

    BalasPadam
  32. Assalamualaikum awk:)..sy nak mintak nasihat sikit dari awk boleh..memandangkan hari jumaat ni sy ada interview di 99 untuk jawatn ni jugak sbg asisstant branch manager..ada tips tak yang awk boleh kongsikan:) terima kasih..

    BalasPadam
  33. Assalamualaikum..adik nad..ni akk nad nak tanya..mcm mana suasana kerja di 99speedmart? Ok ke? Mcm nak try, tp igt nak cashier je..huhu..risau jugak klu pihak 99 taknak ambil sbb ada degree..hem..

    BalasPadam
  34. alhamdullilah dpt offer letter dri 99speedmart sbgai assistant branch manager.ni aku nk share skit .korng ingat kerja cmni snng ke...zzz .susah woohh..aku gi oritasi mcm nk mati kena jadi stockeeper,cashier,,smua kerja kena buat..lgi stu korng kena bnyk bljar..nnti dia ada bgi buku.xtak tebal pon..tpi kena thu bnyk benda la..bgi aku klu kerja ni nk dpt pngalaman ok je..tpi klu nk stay trus aku xsanggup la..mse oritasi hari kedua prtikal kt outlet aku dh nk stop...tpi xde offer kerja lain..layan je la keja ni..dhla bulan puasa ..huhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. bro bape gaji dia tawarkan hahaha

      Padam
    2. Ye betul.saya dah lama dlm bidang ni,agak mencabar jugakla.kadang rasa nak resign jer.sy penah jadi management trainee,seriously byk keje nak buat & kena handle mcm2 benda.kerja mcmni kalau setakat nak cari experience keje okla,kalau nak keje lama terpulang pd pndpt masing2,kena bersedia dgn tekanan mental & fizikal..

      Padam
    3. Hi, berapa gaji utk asst. store manager?

      Padam
  35. hi, nak tanya, u hantar resume ke branch 99 speed mart ? coz saya ada apply online, tp belum ada call lg.

    BalasPadam
  36. Hi, berapa gaji utk position Asst. Store Manager? klu yg ada degree dan working experience. TQ

    BalasPadam
  37. hai nad.. boleh sy tahu, training u kena kat mne ? operntasi kat mna?

    BalasPadam
  38. btul ke 99 speed mart ade jual arak? position ass. branch manager rasa tertekan x dgn tugasnya? gaji brapa?

    BalasPadam
  39. ya ALLAH selama ni terbayang-bayang tau macam mana rupa interview kerja tu, scary/creepy or not apa semua, but now lega, dah dpt gambaran dia. tak susah pun huaa. rn, kita tgh cari kerja sebab cuti lama gila

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum:)..sy nak mintak nasihat sikit dari awk boleh..memandangkan hari khamis depan sy ada interview di 99 untuk jawatn ni jugak sbg asisstant branch manager..ada tips tak yang awk boleh kongsikan:) terima kasih.. agak risau gak nak masuk iv ni sbb yg di iv smpi 30 orang :(

      Padam
  40. Assalamualaikum,maaf nak tanya,saya dpt iv sbgi Asstnt Branch Manager di Jalan kebun,nak tau,iv dia senang tak n bleh bagi tips sebab risau smpi nak demam dh ni pikir pasal iv dia..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. bro , aku pun dapat jgk . bole kte mesej ke ap ke . sebab org ckp kene pegang arakkk

      Padam
  41. Speedmart 99 jual arak. Better avoid keje sana. Silap hari kena handle pengendalian Dan penjualan arak. Salah satu golongan diLaknati Allah swt. Walaupun tak minum.

    Laknat jgn buat main2.

    Sekadar berkongsi.

    BalasPadam
  42. Bole tau tak harga gaji assistant manager speedmart bape ye

    BalasPadam
  43. Selamat bekerja, kerja ni bagus.

    BalasPadam
  44. Mmg kene Keje DRI Pg smpi mlm ke?

    BalasPadam
  45. Mesti ko dah berhenti kan??wakakakaka

    BalasPadam
  46. Boleh tau. Interview ni berapa lama ye ?

    BalasPadam
  47. Nk tanya, ble lame nk dpt call iv tu yew? Sy dri awl blan smpai skrng tk dpt lg

    BalasPadam