Trip to medan, Indonesia (Day 2)

1:36 PG


Hi Assalamualaikum!



Ingat lagi tak entry ke Medan, Indonesia Day 1 haritu? Kalau belum baca boleh terjah jappp eh. Haaa baru ada feel nak baca entry ni kalau dah baca yang Day 1 tu. Ekeke. Untuk hari kedua ni trip kitorang lebih kepada nature. Banyak pemandangan-pemandangan menarik je. To nature lovers, this is your heaven!



Suasana dekat sana sejukkkkk sgtsgt! Kalau takda heater memang Nad tak mandi ekeke. Nasib ada. Penting : Bawa sweater ye :) Walaupun Nad katsana pakai blouse material chiffon je -.- Tapi sebenarnya cuaca sejuk k. Sejuk.






OOTD ekeke nak jugak






Bye-bye resort yang cantik. Kita nak keluar dah ni. I enjoy my night here :)





Alright. Lepas dah check-out dari resort tu, kitorang ambil masa dalam 4-5jam juga untuk ke Lake Toba. Jauh kan perjalanan. Told you, trip ni banyak makan masa time perjalanan je ha. Dan dalam perjalanan ke sana, kitorang akan singgah Air Terjun Sipiso Piso dan Gunung Sipiso Piso. Takde singgah pergi dekat-dekat pun. Just tengok dari jauh je lolzz.






Pemandangan diambil dari atas sahaja. Untuk turun ke bawah mengambil masa dalam 30minit bak kata tour guide kitorang. So disebabkan kitorang just singgah dan mengejar masa, kitorang memang tak turun ke sana pun. Cuma ambil gambar sahaja. Ketinggian air terjun tu dalam 300meter.






Pulau Samosir (tempat yang akan dituju)







Air terjun Sipiso Piso.






Gunung Sipiso Piso.

Dan gambar tu Nad ambil dengan Erna. Dia student tourism di Indonesia. Kiranya dia tengah buat praktikal la camtu :)









Sekarang, setelah puas menikmati pemandangan semulajadi, kita teruskan perjalanan ke Pulau Samosir. Perjalanan naik boat emm emm lebih kurang sejam centu laa. Plus minus la ehehe kurang ingat. Jangan lupa bawak sunglasses, silauzzz tau.









Yeayyyyyzzz dah sampai! 

Nama resort kalini Nad ingat k hehe : Toledo Inn Resort




Bilik yang cantik, toilet yang selesa. Apa pun dekat tempat orang, sentiasa bawa passport ke mana pun korang pergi. Nampak termos tu? Bila kita keluar, staff resort bebas keluar masuk untuk refill air. Bahaya kan kalau kita tinggal barangan berharga? So faham-faham sendiri lah ye. Kang ada yang tak balik Malaysia pulak.







Pemandangan sekitar resort. Serious resort kali ni pun luas dan banyak tempat lepak.




Aktiviti petang tu, kitorang ronda-ronda sekitar kampung naik basikal & moto. Naik beramai-ramai, so memang syok. Apa yang tak syok, bila sampai giliran Nad je basikal habis -.- So kena naik motor. Bayaran untuk naik motor 60,000rp kot = RM20. Uwuwu membazirrr. Tapi takpe, pengalaman kannn. Lagipun seronok apaaa amik angin petang ramai-ramai.







Aktiviti malam : Kitorang dihiburkan dengan orang-orang Jawa nyanyi lagu diorang. Blaa blaa Nad datang buat cukup syarat je. And yes, tempat ni dalam bar di resort tersebut.





Selesai Day 2! :D

Nak baca Day 1 CLICK SINI

Nantikan entry seterusnya tau! (Day 3)


You Might Also Like

45 ulasan

  1. waaaaahhh! cantik gila pemandangan kat sana :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe memang cantik kak Fatin. Pergila pergila :D

      Padam
  2. Balasan
    1. Syiok abg Jaymie :) Try lah bawak family abg holiday dekatsana

      Padam
  3. cantikkan...saya pernah ke sana dan menginap kat resort yg sama...lokasi lawatan pun sama.hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe tula, mesti lebih kurang je.. Tah tah tour guide pun sama haha

      Padam
  4. Bestnya. Lama tak melancong. Bila dapat pergi lagi. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe Zack focus sgt kerja ni. Dah pergi bercuti dulu sana :)

      Padam
  5. waa..bestnya dia jenjalan :)

    isi tabung churp dan 8share dan nuff :)

    BalasPadam
  6. wah seronoknya...hihi...

    cik akak datang klik2 tabungan. klik semua...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok cik Akak :) Hehe terima kasih kak

      Padam
  7. Kawasan tanah tinggi macam ni, sure sejuk cuacanya kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sejuk sgt. Resort diorang pun tak ada aircond haa

      Padam
  8. wahh..seronok boleh pg jalan2 tgk tempat org...cantik sgt pemandangan air terjun tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Air Terjun Sipiso Piso tu memang jadi tarikan orang Niesa :)

      Padam
  9. Air terjun Sipiso Piso tu nampak majestik gila. Kalau bajet tak mahal rasa teringin jugak nak pergi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Its amazing Arham! :) Cantik sgt! Bajet rendah je, cuba la usha usha time package ke sana tgh murah ke

      Padam
  10. resort dia cantik gak.. boleh share ke semalam berapa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang cantik Ima :) Yang tu Nad tak usha la sebab kitorang amik package, so harga dah termasuk dalam package

      Padam
  11. wahh semua tempat cantik2 belaka.. suka tengok gambar nad dgn background air terjun tu.. jeles aii.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tempat ni sesuai untuk nature lovers :)

      Ehehe macehhh jom la pergi kak Anne!

      Padam
  12. nad...nak ole2 dr indonesia..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak, sorry kak Nor, Nad tak shopping sgt pulak gi sana haritu hehe

      Padam
  13. teluk batik tak da apa sangat pun. tapi kalau nak beli belah buleh la. btw, tempat yg nad pergi ni lagi interesting. woaahh, teringin sungguh :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi teringin ank jejak kaki ke sana jugak :)

      Hew, interesting sbb nature dia cantik sgt

      Padam
  14. wahh medan, saya pun penah pegi. eh, saya pun pernah nginap kat toledo inn hotel tu. sejuk betul kat situ, smpai air cond pun tk disediakan :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhhh yeke Mazni? Sama la kita eh? Hehe

      Kan? Sama je cam Cameron semua tu

      Padam
  15. bestnya..rasa kak nak p holiday sesangat dah ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe pergilah kak. Bandung da pernah kan? Cer jejak Medan plak hehe

      Padam
  16. jom follow blog sy lak, salam perkenalan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti Nad terjah eh? :)

      Salam kenal Lyana..

      Padam
  17. bestnya...bila lah boleh ke sana...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila duit & masa & kesihatan mengizinkan :) In Shaa Allah

      Padam
  18. seronoknya dear :) huhu.. g jalan shoping2 best kn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronok Liza :) Takde shopping sgt pun, shopping dekat Bandung lah best hehe

      Padam
  19. Wah wah wah amboiiiii kemain hihihihihihi
    TAHU LAH CANTIK TAKYAH POST GAMBAR SENDIRI LAH TT_TT

    BalasPadam
  20. Hahhahahha nak ikut ke Qila? :p

    Alaaaaa nak tepek gambar sendiri jugakkk hahaha

    BalasPadam